Sabtu, 31 Oktober 2015

Bagaimana Cara Cetak TShirt Bahagian 2

Cara Pemasangan Kain Screen di Blok Cetak

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya meminta Maaf kerana lambat mengupdate blog saya ini terutamanya tutorial cara mencetak t-shirt ni, almaklumlah diatas kesibukan kerja yang perlu disiapkan.

Bagaimana Cara Cetak TShirt Bahagian 2 kali ini akan menerangkan secara ringkas atau secara sepintas lalu mengenai apakah itu blok cetak dan cara pemasangan kain screen di blok cetak. Blok Cetak ialah satu bingkai kayu yg berbentuk empat segi, yang dipasang padanya kain screen (Silk screen). Kegunaannya Dalam kerja-kerja mencetak.

Bingkai blok anda boleh buat sendiri dengan menggunakan kayu 1in x 1in, atau kalau malas, anda boleh beli di kedai pembekal peralatan Silk screen. Kalau saya, saya buat je..Bukan susah, potong dan paku. Kayu hendaklah daripada kayu yang lembut dan lurus ( kayu frame), supaya senang didalam kerja-kerja pemasangan kain screen nanti.

Bingkai Blok Yang Belum Dipasang Kain Screen




Pemasangan Kain Screen Di Bingkai Blok


Peralatan yang diperlukan untuk kerja pemasangan Kain Screen Di bingkai blok cetak

Untuk pemasangan Kain screen, kita memerlukan peralatan seperti berikutberikut ;

  1. Bingkai blok cetak
  2. Kain screen
  3. Stepler (paling bagus guna stepler gun)
  4. Tape PVC
  5. Hunting atau cutter

Langkah-langkah Pemasangan Kain Screen

  • Ukur blok pada Kain screen
  • Potong Kain mengikut ukuran bingkai blok
  • Dengan menggunakan stepler/stepler gun  lekatkan Kain tersebut dibingkai blok (pastikan Kain tersebut tegang)
  • Kemaskan stepler dengan menggunakan tukul
  • Tutup tepi bingkai blok dengan menggunakan tape PVC atau tape kertas
( lihat Gambar dibawah)

Kain screen akan diukur pada bingkai blok dan kemudiannya  dipotong


Stepler dan Kain Screen ditarik tegang




Walaa...Blok cetak anda telah sempurna siap untuk digunakan.

Langkah-langkah diatas adalah diterangkan secara ringkas atau sepintas lalu sahaja, untuk mendapatkan langkah-langkah yang terperinci, anda boleh dapat e-book cara-cara mencetak t-shirt yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Credit Picture :
www.teaching.com.au
www.showtimestitches.co.uk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan