saksikan video bagaimana cara saya mencetak baju bertemakan kpop
BAHAGIAN A
Bahan-Bahan Untuk Cetak T-Shirt |
- Dye - Rubber Dye atau TC Dye
- Photo Emulsion
- Blok Cetak
- Kain Silk Screen
- Squgee
- Stepler Gun
- Type Kertas
- Table Glue
- Hair Dryer
- Pembaris L
1. Dye : Ada beberapa jenis Dye dalam kerja mencetak T-Shirt, tapi disini saya beritahu 2 jenis dye saja, iaitu Rubber Dye dan TC Dye. Rubber dye adalah dye getah, ia diguna pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour. TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya.
2. PHOTO EMULSION. Ia digunakan semasa proses transfer Image pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.
3. BLOK CETAK. Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.
4. KAIN SILK SCREEN. Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri dari beberap gred kehalusannya. biasanya ia dijual dalam RM 20.00 - 30.00 semeter
5. SQUGEE. benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.
6. STEPLER GUN. Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.
7. TYPE KERTAS. kegunaannya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.
8. TABLE GLUE. Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.
9. HAIR DRYER. Untuk mengering dye
10.PEMBARIS L . Untuk menentukan kelurusan blok
Bahan-bahan ini anda boleh dapat dikedai-kedai dan pembekal alatan silk screen printing ditempat anda
BAHAGIAN B
Meja Exspose Dan Meja Cetak T-Shirt |
1. MEJA EXSPOSE
2. MEJA CETAK
1. MEJA EXSPOSE . Ia diperlukan untuk proses perpindahan image pada blok cetak.
2. MEJA CETAK. Ada perbagai jenis meja cetak, yang saya guna adalah jenis Portable One Color Station ia tidak memerlukan ruang yang luas, Anda boleh melakukan proses percetakan dalam ruang yang paling minimum.
Untuk peralatan diatas, anda haruslah menempahnya di pembekal peralatan percetakan, tapi kosnya agak tinggi. tapi jangan bimbang saya akan memberi tahu cara membuatnya dengan kos yang paling minimum.
sekian untuk permulaan kali ini dan kita akan jumpa dalam tutorial yang selanjutnya.
Bagaimana Cara Cetak TShirt Bahagian 2
Bagaimana Cara Cetak TShirt Bahagian 2
dye dngan emulsion tuh kt mne ade jual ??
BalasPadamcamner nak beli semua bahan ni
BalasPadam
BalasPadamBlog ini adalah laman web syarikat percetakan talian yang merupakan Cetakan syarikat Malaysia dan ia adalah syarikat online yang paling boleh dipercayai dalam bidang Print Malaysia
Blog ini bagus dan periksa maklumat laman web ini terlalu keren
BalasPadamPercetakan Malaysia
Blog Bagus sila letakkan blog tentang
Cetak malaysia
dan
Percetakan Digital
Digital Printing Malaysia
dan juga syarikat percetakan dalam talian