Jumaat, 15 November 2013

Bahan - Bahan Yang Perlu Untuk Kerja Cetak T-Shirt

Untuk tutorial pertama ini,  saya terangkan pada anda bahan-bahan yang perlu untuk kerja mencetak t-shirt


  
saksikan video bagaimana cara saya mencetak baju bertemakan kpop



BAHAGIAN A
Bahan-Bahan Untuk Cetak T-Shirt

  1. Dye - Rubber Dye atau TC Dye
  2. Photo Emulsion
  3. Blok Cetak
  4. Kain Silk Screen
  5. Squgee
  6. Stepler Gun
  7. Type Kertas
  8. Table Glue
  9. Hair Dryer
  10. Pembaris L
PENERANGAN BAHAN-BAHAN
1. Dye : Ada beberapa jenis Dye dalam kerja mencetak T-Shirt, tapi disini saya beritahu 2 jenis dye saja, iaitu Rubber Dye dan TC Dye. Rubber dye adalah dye getah, ia diguna pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour. TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya.
2. PHOTO EMULSION.  Ia digunakan semasa proses transfer Image pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.
3. BLOK CETAK.  Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.
4. KAIN SILK SCREEN.  Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri dari beberap gred kehalusannya. biasanya ia dijual dalam RM 20.00 - 30.00 semeter
5. SQUGEE.  benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.
6. STEPLER GUN. Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.
7. TYPE KERTAS.  kegunaannya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.
8. TABLE GLUE. Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.
9. HAIR DRYER.  Untuk mengering dye 
10.PEMBARIS L . Untuk menentukan kelurusan blok
Bahan-bahan ini anda boleh dapat dikedai-kedai dan pembekal alatan silk screen printing ditempat anda
BAHAGIAN B
Meja Exspose Dan Meja Cetak T-Shirt

1. MEJA EXSPOSE
2. MEJA CETAK
1. MEJA EXSPOSE . Ia diperlukan untuk proses perpindahan image pada blok cetak.
2. MEJA CETAK.  Ada perbagai jenis meja cetak, yang saya guna adalah jenis Portable One Color Station ia tidak memerlukan ruang yang luas, Anda boleh melakukan proses percetakan dalam ruang yang paling minimum.
Untuk peralatan diatas, anda haruslah menempahnya di pembekal peralatan percetakan, tapi kosnya agak tinggi. tapi jangan bimbang saya akan memberi tahu cara membuatnya dengan kos yang paling minimum.
sekian untuk permulaan kali ini dan kita akan jumpa dalam tutorial yang selanjutnya.

Khamis, 23 Mei 2013

Bagaimana cara nak melembutkan daging


Bagaimana cara nak melembutkan daging?...itu soalan lazim yang selalu ditanya oleh kaum ibu. Masaalah daging keras bila dimasak, macam makan selipar jepun je, sampai tetanggal gigi palsu. "Bukannya tak direbus daging tu..dah sampai dua tiga jam tapi tak juga lembut-lembut" rungut makcik Bedah, jiran sebelah rumah. Kesihan juga ye mendengar keluhan dan rungutan kaum ibu ni ye.. Sebenarnya nak melembutkan daging senang aje, tak susah pun, tak payah pening-peningkan kepala yang sememangnya dah pening. Saya dengan murah hati memberi petua-petua yang insyaallah menjadi, berdasarkan pengalaman memasak saya selama ini :

1. Cara memotong
Cara memotong daging itu penting, potong melintang urat daging. Lepas potong, ketuk-ketukkan daging itu dengan pisau pemotong daging.

2. Daun Nangka
Ambil dua tiga helai daun nangka, bersihkan dan masukkan bersama-sama daging yang hendak direbus.

3. Sudu/garpu Besi
Masukkan semasa merebus daging.

4. Cuka dan Soda Bikarbonat
Campur satu sudu besar cuka bersama sedikit soda bikarbonat dalam rebusan daging.

Akhir sekali untuk mendapat hasil yang lebih power, masukkan semua petua-petua diatas dalam rebusan daging anda, insyaallah daging anda menjadi begitu lembut dan enak pakcik dan makcik yang tak ada gigi pun boleh memakannya.... Insyaallah. Cubalah.

Nota : Kalau tak nak pakai petua-petua diatas, beli aje daging batang pinang ....pasti lembut !!!

Jumaat, 26 April 2013

Bagaimana Caranya Buat Popia Nestum Susu

Bagaimana caranya buat Popia Nestum Susu  , mudahkah membuatnya ? .. jawapan saya.. mudah bagi orang yang rajin dan tekun... susah bagi bagi orang yang tidak suka kerja yang renyah dan berulang-ulang....nak mudah order saja di izihomemade pasti puas hati, beli buka tudung balang dan ngap!.
Disini saya tunjukan cara membuat Popia Nestum Susu :

bahan-bahannya ;

  • Kulit Popia ( 500g )
  • 300g Nestum
  • 200g susu tepung
  • 200g gula custud
  • 1 peket minyak masak
  • straw minuman
  • tepung gandum ( cairkan untuk dibuat gam )
Cara-caranya :

Dengan menggunakan Straw minuman gulunngkan kulit popia dan dihujungnya sapukan cairan tepung gandum, ini supaya gulungan kulit popia itu tidak tertanggal ketika mengoreng.



Kulit Popia digulung mengunakan straw minuman


Sapukan cairan tepung gandum dipenghabisan gulungan

Kulit Popia yang siap digulung

Guntingkan gulungan kulit popia tersebut secara menyerung sehingga habis ....penatlah sedikit (supaya jari tangan tak melecet , guna gunting yang besar ).

Setelah semuanya siap digunting, anda bolehlah panaskan minyak didalam kuali. Minyak janganlah terlalu panas ini akan membuat kulit popia itu cepat garing diluar tidak didalam, ini menyebabkan ia menjadi tidak ranggup. Anda boleh memasukkannya secara banyak kerana ia tidak melekat. Bila kulit popia kekuningan sedikit, bolehlah anda mengangkatnya dengan mengunakan penapis, jangan tunggu ia terlalu gareng, kerana ia cepat menjadi gareng setelah anda meletakannya didalam penapis.




Sejatkannya didalam penapis


Setelah siap digoreng biarkan ia sejuk



Setelah sejuk gaulkannya dengan Nestum, Susu dan gula. Walaa...Popia Nestum Susu siap untuk dimakan.

Isnin, 18 Februari 2013

Senarai 10 Orang Tertinggi Di Dunia Yang Masih Hidup

Adakah anda rasa cukup tinggi ?...disini di senaraikan 10 orang tertinggi di dunia yang masih hidup . Jom lihat

No. 1
SULTAN KOSEN


Tall order: Doctors at the University of Virginia have developed a treatment for the world's tallest man Sultan Kosen which they say has finally stopped him growing at 8ft 3ins
Sultan Kosen
Sultan Kosen dari negara Turki adalah Manusia Tertinggi di Dunia yang masih hidup seperti di catat oleh Guinness Book of World Records. Dia lahir pada 10 Disember 1982 di Turki. Ketinggian yang direkodkan adalah 8 kaki 3 inci.


No. 2

ZHANG JUNCAI

Zhang Juncai

Lahir pada tahun 1983 di negara China. Mempunyai ketinggian 7 kaki 11 inci kedua selepas Sultan Kosen. Banyak masanya di habiskan dengan aktiviti kebajikan.


No. 3
SUPARWONO

Suparwono
Suparwono

Suparwono adalah manusia tertinggi di Indonesia. Lahir 4 November 1983 di Indonesia. Mempunyai ketinggian 7 kaki 11 inci.


No. 4
ALEXANDER SIZONENKO

Alexander Sizonenko

Alexander Sizonenko lahir di negara Russia pada 20 Julai 1959. Alexander hebat dalam sukan  Bola Keranjang. Ia mempunyai ketinggian 7 kaki 10.1 inci.


No. 5
BAO XISHUN

Boa Xishun

Boa Xishun lahir pada tahun 1951 di negara China.Ia mempunyai ketinggian 7 kaki 9.5 inci ini menjadikan dia nombor 5 tertinggi di dunia.


No. 6
SUN MING MING

Sun Ming Ming

Sun Ming Ming manusia ke 6 tertinggi dunia yang masih hidup. mempunyai ketinggian 7 kaki 9 inci. Lahir pada 23 ogos 1983. Pada tahun 2005 ia berhijrah ke Amerika Syarikat untuk bermain bola keranjang secara profesional di liga NBA. Sekarang ia bermain bola keranjang di negara kelahirannya China. Ketinggiannya  yang di catat ialah 7 kaki 9 inci.

No. 7
RI MYUNG HUN

Ri Myung Hun

Mempunyai ketinggian 7 kaki 8.5 inci. Lahir 14 September 1967 di negara Korea Utara.  Kini bermain untuk negaranya dan menjadi penjaring terbanyak.

No. 8
RADHOUANE CHARBIB

Radhouane Charbib

Radhouane Charbib dari Tunisia lahir pada 27 oktber 1968. Ketinggiannya yang dicatat 7 kaki 8.4 inci.

No, 9
IGOR VOVKOVINSKIY

Igor Vovkovinskiy

Igor Vovkovinskiy berasal dari ukraine kemudian berhijrah ke Rochaster. Ketinggiannya ialah 7 kaki 8.33 inci.

No. 10
GEORGE BELL

George Bell
. . 
George Bell sekarang ini merupakan manusia tertinggi di Amerika Syarikat yang masih hidup. Lahir pada 1957. Ketinggiannya ialah 7 kaki 8 inci.

* Suparwono telah meninggal dunia pada 23/02/2012 Sumber : www.guinnessworldrecord.com

Isnin, 11 Februari 2013

Bagaimana Cara Buat Ubi Tumbuk

Mungkin anda ada beberapa batang pokok ubi kayu di belakang rumah tapi tidak tahu nak buat apa...ha apa kata buat saja ubi ketuk atau ubi tumbuk goreng untuk juadah petang hari ini....tapi tahukah anda bagaimana cara membuat ubi ketuk goreng ? ini resepinya.

Bahan-bahannya,

  1. 1 kg  Ubi kayu (cari yang muda sedikit kerana ia empuk dan tidak berkanji)
  2. 1/2 biji  Kelapa parut
  3. 300 grm  gula
  4. 2 sudu kecil  garam
Bahan Bancuhan Tepung;
  1. 500 grm Tepung beras
  2. 1/2 kg   Tepung gandum
  3. 2 sudu kecil     Garam
  4. 1/4 sudu kecil     Kapur makan
  5. 1/2 sudu kecil     serbuk kunyit
  6. 1/4 sudu kecil     Soda bikarbonat
Cara buatnya,
  • Kopek kulit ubi dan potong kecil-kecil supaya senang empuk
  • Rebus dalam periuk dan bubuh garam
  • Apabila sudah cukup empuk (cara nak tahu empuk ambil garpu cucuk pada ubi tersebut, jika ia senang di cucuk dan terasa lembut ia sudah cukup empuk)
  • Toskannya
  • Tumbuk ubi tersebut dengan anak lesung
  • campurkannya dengan gula dan kelapa parut dan gaulkanya rata-rata.
  • kepal-kepalkannya menjadi bebola sebesar bola ping-pong



  • Campurkan tepung beras, tepung gandum, garam, soda bikarbonat, serbuk kunyit dan kapur makan dengan air dalam bekas bancuhan
  • Gaulkan sehingga dapat kepekatan yang di ingini
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Ambil bebola ubi tersebut, celup dalam bancuhan tepung dan terus masukkanya dalam kuali
  • Bila telah cukup masak, jangan terlalu masak kerana ia akan meletup dan pecah. Bila ia berwarna kekuningan, bolehlah diangkat.
  • Toskan dalam penapis
  • Walaaa ....sudah SIAP!!!
Kueh ini cukup mudah disediakan dan yang penting ia sangat sedap, sesuai dimakan diwaktu minum petang. CUBALAH.



Rabu, 6 Februari 2013

Bagaimana Cara Buat Pisang Goreng Rangup

 
Pisang Goreng Rangup (Pisang Tanduk)

Pisang Tanduk Yang Siap Digoreng


Minum petang adalah wajib dan menjadi rutin bagi setiap orang dan antara hidangan minum petang yang paling popular adalah Pisang Goreng Rangup.  Nak cuba?.......Jom

Bahan-bahannya :

  1. 1 kg  Pisang Tanduk atau apa-apa pisang yang boleh di goreng
  2. 500g  Tepung Beras
  3. 100g  Tepung Gandum
  4. 1/4 sudu kecil   Kapur Makan
  5. secubit Soda Bikabonat
  6. 2 sudu kecil  Garam
  7. secubit serbuk kunyit
  8. 2 peket minyak masak
  9. Air
Cara Membuatnya :
  • Potong pisang (ikut suka hati)
  • Campurkan semua bahan-bahan kecuali Pisang ke dalam bekas bancuhan 
  • Masukan air sedikit demi sedikit dan gaulkan bahan itu tadi sehingga mendapat kepekatan yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat (ikut kemahuan anda). Nah...sekarang pisang siap sedia di goreng.!!
  • Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tunggu sehingga minyak tersebut betul-betul panas
  • Masukkan pisang yang telah di potong ke dalam bekas tepung, kemudian ambil pisang tersebut dengan penyepit dan terus masukkan ke dalam kuali balik-balik kan dan.tunggu sehingga pisang tersebut betul-betul masak (warna kekuningan pekat) barulah angkat dan toskan di dalam penapis.
  • last sekali...apalagi ngaplah...he..he..he...
Nota :- .bagus sekali kalau Pisang Goreng Rangup tersebut di hidangkan bersama-sama dengan kopi o panas.




Selamat Mencuba !