Jumaat, 15 November 2013

Bahan - Bahan Yang Perlu Untuk Kerja Cetak T-Shirt

Untuk tutorial pertama ini,  saya terangkan pada anda bahan-bahan yang perlu untuk kerja mencetak t-shirt


  
saksikan video bagaimana cara saya mencetak baju bertemakan kpop



BAHAGIAN A
Bahan-Bahan Untuk Cetak T-Shirt

  1. Dye - Rubber Dye atau TC Dye
  2. Photo Emulsion
  3. Blok Cetak
  4. Kain Silk Screen
  5. Squgee
  6. Stepler Gun
  7. Type Kertas
  8. Table Glue
  9. Hair Dryer
  10. Pembaris L
PENERANGAN BAHAN-BAHAN
1. Dye : Ada beberapa jenis Dye dalam kerja mencetak T-Shirt, tapi disini saya beritahu 2 jenis dye saja, iaitu Rubber Dye dan TC Dye. Rubber dye adalah dye getah, ia diguna pada baju yang berwarna gelap seperti baju hitam, biru gelap dan lain-lain yang berwarna dark colour. TC dye adalah dye air yang hanya boleh digunakan pada baju yang berwarna cerah seperti putih, kuning cerah, biru cerah dan sebagainya.
2. PHOTO EMULSION.  Ia digunakan semasa proses transfer Image pada blok cetak. Ia adalah bahan yang sangat sensitif pada cahaya.
3. BLOK CETAK.  Ia adalah bingkai empat segi yang diperbuat daripada kayu. Pada bingkai inilah akan dipasang kain silk screen.
4. KAIN SILK SCREEN.  Adalah kain sutera yang sangat halus, ia terdiri dari beberap gred kehalusannya. biasanya ia dijual dalam RM 20.00 - 30.00 semeter
5. SQUGEE.  benda yang digunakan untuk menolak dye diblok cetak.
6. STEPLER GUN. Digunakan semasa proses pemasangan kain silk screen pada blok.
7. TYPE KERTAS.  kegunaannya untuk menahan dye dari terkeluar dari blok.
8. TABLE GLUE. Ia disapukan pada pelapik baju dimeja cetak supaya baju tidak bergerak semasa proses percetakan.
9. HAIR DRYER.  Untuk mengering dye 
10.PEMBARIS L . Untuk menentukan kelurusan blok
Bahan-bahan ini anda boleh dapat dikedai-kedai dan pembekal alatan silk screen printing ditempat anda
BAHAGIAN B
Meja Exspose Dan Meja Cetak T-Shirt

1. MEJA EXSPOSE
2. MEJA CETAK
1. MEJA EXSPOSE . Ia diperlukan untuk proses perpindahan image pada blok cetak.
2. MEJA CETAK.  Ada perbagai jenis meja cetak, yang saya guna adalah jenis Portable One Color Station ia tidak memerlukan ruang yang luas, Anda boleh melakukan proses percetakan dalam ruang yang paling minimum.
Untuk peralatan diatas, anda haruslah menempahnya di pembekal peralatan percetakan, tapi kosnya agak tinggi. tapi jangan bimbang saya akan memberi tahu cara membuatnya dengan kos yang paling minimum.
sekian untuk permulaan kali ini dan kita akan jumpa dalam tutorial yang selanjutnya.

28 ulasan:

  1. Thanks..
    Walaupun ringkas tetapi cukup untuk di fahami asasnya.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..

    nak beli kain silk screen tu kat mana ye jual?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kain silk screen boleh anda beli di pembekal-pembekal peralatan silk screen, kalau di KL, Hai Kuang yg popular. paling senang anda google saja pembekal yg berdekatan dgn tempat anda. harganya dari RM 16.00 hingga RM 50.00 semeter, harga mengikut gred kain.

      Padam
    2. Ada kot..tapi tak tahulah kat mana...cuba tuan google.

      Padam
  3. ini tak guna filem plastik nipis ke untuk cetak imej sblm transfer imej keatas silk screen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..kita akan gunakan ia dlm bahan-bahan utk kerja artwork, itu semua akan dibincang kemudian dlm step menyediakan design. disitu nanti saya akan ajar cara mudah..buat design, asingkan warna, photostat di transparancy plastic sblm kita transfer ke blok cetak.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. TC dye nak beli kat mana eh?

    BalasPadam
  6. tuan kalau nak beli full set nak cetak baju ni berapa? dan di mana blh dpt?

    BalasPadam
  7. hiii....ada jual plastisol dye tak?

    BalasPadam
  8. salam...nk tnya sikit ni...kalau saya nk kursus blh x?

    BalasPadam
  9. Nk tnye Area terengganu nk cari kat mane???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di Terengganu tak tahu lah...jemy boleh google

      Padam
  10. Di mana mahu dapat barang2 tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dpt di kedai yg menjual peralatan silk screen

      Padam
  11. Di mana mahu dapat barang2 tu?

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. SALAM TUAN, KAT MANA LEH DPT PHOTO EMULSION TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan boleh dptkannya di kedai peralatan silk screen di tempat tuan. Kalau di KL ada saya nyatakan jawapannya Balas yg terdahulu

      Padam
  14. Tuan untuk dapatkan rubber dye kat mana ya?

    BalasPadam
  15. Terima kasih banyak atas pemberi tahuan nya tuan

    Sungguh amat berguna bagi saya dan mungkin kepada yng lain.

    Saya doakan semoga Allah swt mebalas kebaikan tuan di dunia dan akhirat nanti Aamiinn

    BalasPadam
  16. Saya blh inform tuan ² yg mahukan tmpat utk mmbeli brg silkscreen 01115173167 wasup
    In sha allah blh mmbntu.

    BalasPadam
  17. Assalam tuan kalau boleh wsapp saya... Harap tuan dapat bantu... Sebab saya baru nak buka kedai print... Dan say nak tahu mana nak cari semua peralatan itu.. Harap tuan boleh wsapp saya...0175162475

    BalasPadam
  18. Lucky Club Lucky Club Casino Site - LuckyClub.live
    A luckyclub lucky club lucky club in Melbourne. A Lucky Club Lucky club logo. Lucky Club. Lucky club. Sign up for your Lucky Club Login. Sign up for a new account today.

    BalasPadam