Isnin, 9 Jun 2014

Bagaimana Cara Buat Blog Sendiri

Bagaimana cara buat blog sendiri...nak tahu caranya, mudah aje, dalam beberapa minit anda sudah mempunyai blog sendiri. Mari saya tunjukkan caranya langkah demi langkah, Anda boleh membuat blog yang berbayar atau yang percuma. Disini saya tunjukkan cara buat blog percuma iaitu Blogspot.com

  Langkah 1



pertama sekali anda mestilah mempunyai akaun google, jika sudah ada, anda boleh pergi ke langkah 2.

Langkah 2
Buka laman www.blogger.com/start 



Ia akan keluar dashbord anda, kemudian klik saja pada butang New Blog yang saya bulatkan dengan warna biru.



Langkah 3




1. Tajuk 
Isikan tajuk blog anda. Anda boleh letak apa saja tajuk yang anda suka, sebagai contoh jika anda berminat untuk membuat blog mengenai kereta, anda boleh letak tajuk  "Blog Alam Pemotoran". Kalau blog anda berbentuk peribadi anda boleh letak tajuk " Blog Halim Hafiz ". Anda boleh tukar tajuk blog anda pada bila-bila masa jika anda rasa tajuk yang anda letak tidak sesuai.

2. Alamat
Isikan alamat blog anda. Alamat blog amat penting, tampa alamat pengunjung blog tidak akan dapat pergi ke blog anda. Anda boleh letak apa saja alamat yang anda suka sebagai contoh : www.keretagua.blogspot.com, tapi di kotak kosong tersebut anda hanya taipkan keretagua saja yang lain telah sedia ada. Huruf alamat hendaklah huruf kecil dan bersambung antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Ia hendaklah ringkas dan Jangan terlalu panjang, supaya pengunjung senang mengingatinya. Peringatan : alamat blog tidak boleh di ubah, ia kekal untuk selama-lamanya.

3. Templet
Templet ialah antaramuka blog anda. Anda boleh pilih templet yang anda suka. Pilih templet yang ringkas yang tidak terlalu banyak corak, ini kerana ia boleh memberatkan blog apabila dibuka oleh pengunjung. Anda hanya perlu klik saja templet yang anda suka. Templet yang telah anda pilih boleh ditukar tetapi jangan terlalu kerap kerana ia akan menyukarkan engin pencari.

4. Create Blog
Akhir sekali klik butang Create Blog yang berwarna oren.

Taraaa...kini blog anda telah siap, Kini saya rasa anda faham bagaimana cara buat blog sendiri, ia begitu mudah !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan