Khamis, 23 Mei 2013

Bagaimana cara nak melembutkan daging


Bagaimana cara nak melembutkan daging?...itu soalan lazim yang selalu ditanya oleh kaum ibu. Masaalah daging keras bila dimasak, macam makan selipar jepun je, sampai tetanggal gigi palsu. "Bukannya tak direbus daging tu..dah sampai dua tiga jam tapi tak juga lembut-lembut" rungut makcik Bedah, jiran sebelah rumah. Kesihan juga ye mendengar keluhan dan rungutan kaum ibu ni ye.. Sebenarnya nak melembutkan daging senang aje, tak susah pun, tak payah pening-peningkan kepala yang sememangnya dah pening. Saya dengan murah hati memberi petua-petua yang insyaallah menjadi, berdasarkan pengalaman memasak saya selama ini :

1. Cara memotong
Cara memotong daging itu penting, potong melintang urat daging. Lepas potong, ketuk-ketukkan daging itu dengan pisau pemotong daging.

2. Daun Nangka
Ambil dua tiga helai daun nangka, bersihkan dan masukkan bersama-sama daging yang hendak direbus.

3. Sudu/garpu Besi
Masukkan semasa merebus daging.

4. Cuka dan Soda Bikarbonat
Campur satu sudu besar cuka bersama sedikit soda bikarbonat dalam rebusan daging.

Akhir sekali untuk mendapat hasil yang lebih power, masukkan semua petua-petua diatas dalam rebusan daging anda, insyaallah daging anda menjadi begitu lembut dan enak pakcik dan makcik yang tak ada gigi pun boleh memakannya.... Insyaallah. Cubalah.

Nota : Kalau tak nak pakai petua-petua diatas, beli aje daging batang pinang ....pasti lembut !!!