Isnin, 11 Februari 2013

Bagaimana Cara Buat Ubi Tumbuk

Mungkin anda ada beberapa batang pokok ubi kayu di belakang rumah tapi tidak tahu nak buat apa...ha apa kata buat saja ubi ketuk atau ubi tumbuk goreng untuk juadah petang hari ini....tapi tahukah anda bagaimana cara membuat ubi ketuk goreng ? ini resepinya.

Bahan-bahannya,

  1. 1 kg  Ubi kayu (cari yang muda sedikit kerana ia empuk dan tidak berkanji)
  2. 1/2 biji  Kelapa parut
  3. 300 grm  gula
  4. 2 sudu kecil  garam
Bahan Bancuhan Tepung;
  1. 500 grm Tepung beras
  2. 1/2 kg   Tepung gandum
  3. 2 sudu kecil     Garam
  4. 1/4 sudu kecil     Kapur makan
  5. 1/2 sudu kecil     serbuk kunyit
  6. 1/4 sudu kecil     Soda bikarbonat
Cara buatnya,
  • Kopek kulit ubi dan potong kecil-kecil supaya senang empuk
  • Rebus dalam periuk dan bubuh garam
  • Apabila sudah cukup empuk (cara nak tahu empuk ambil garpu cucuk pada ubi tersebut, jika ia senang di cucuk dan terasa lembut ia sudah cukup empuk)
  • Toskannya
  • Tumbuk ubi tersebut dengan anak lesung
  • campurkannya dengan gula dan kelapa parut dan gaulkanya rata-rata.
  • kepal-kepalkannya menjadi bebola sebesar bola ping-pong



  • Campurkan tepung beras, tepung gandum, garam, soda bikarbonat, serbuk kunyit dan kapur makan dengan air dalam bekas bancuhan
  • Gaulkan sehingga dapat kepekatan yang di ingini
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Ambil bebola ubi tersebut, celup dalam bancuhan tepung dan terus masukkanya dalam kuali
  • Bila telah cukup masak, jangan terlalu masak kerana ia akan meletup dan pecah. Bila ia berwarna kekuningan, bolehlah diangkat.
  • Toskan dalam penapis
  • Walaaa ....sudah SIAP!!!
Kueh ini cukup mudah disediakan dan yang penting ia sangat sedap, sesuai dimakan diwaktu minum petang. CUBALAH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan